10/16/2007

Selamat Hari Raya Cemooer !!




Musim raya ini, budak-budaklah yang gembira ! Mak Budak yang stres habis ! Baru tiga hari berjalan, sudah penat rasanya - macam hendak keluarkan bendera putih !!! Entahlah...sudah semakin senja mungkin, kurang tenaga. Namun, saya percaya awak di sana seronoklah ya ! Si comel pun tidak melepaskan peluang untuk bergaya pada hari raya !!!
** Bagi yang bercadang untuk ke rumah saya, sila maklum ya, bahawasanya hanya para pelajar yang sudah lepas sekolah ( bekas menengah 4 atau 5 ) sahaja yang dibenarkan ke rumah saya ( heehee)


9/21/2007

Peperiksaan Akhir Tahun


Tamatlah sudah peperiksaan 'Prelims'. Bagi mereka yang telah selamat menduduki peperiksaan, saya berharap kamu akan terus berusaha semoga berjaya dalam peperiksaan peringkat 'O' nanti ( 31 Oktober 2007). Saya akan cuba menaikmuatkan bahan-bahan yang boleh membantu kamu mengulang kaji ! Sejauh ini, latihan interaktif telahpun disiapkan dalam laman bahasa Melayu ( tintaprss.com ). Cuba-cubalah !


Para pelajar BML saya, jangan lupa ,kamu juga bakal menduduki peperiksaan tersebut ya ! Tetapi sebelum itu, peperiksaan akhir tahun akan menanti kamu.....28 Sept 2007 ( Kertas 1 ) dan 9Oktober ( Kertas 2 ).


Saya doakan agar semua berjaya dan dapat apa yang diinginkan !


Cikgu

8/22/2007

Peperiksaan Prelims 2007

Sila maklum :

Tarikh : 24 Ogos 2007
Masa : 10.15pg - 12.15ptg ( Para pelajar 3EHML - sila hadir ke sekolah seperti biasa: 7.20 pagi ) Kamu akan dibenarkan keluar dari kelas pada pukul 9.30 pagi.

Tempat : ( Untuk pelajar Melayu & Cina )
5A2 + 5A3 = Kelas 5A3
4E5 + 4E6 = Kelas 4E5
4E4 + 4E7 + 5A1 ( pelajar Melayu sahaja ) = Kelas 4E4
4E3 + 3EHMT = Kelas 4E7

Sila pastikan kamu duduk mengikut nombor indeks masing-masing.

Terima kasih
Cikgu

Latihan Surat Rasmi & Karangan Naratif

Pelajar 3HML saya, sila rujuk blog kita ( 3EHML ). Bagi pelajar 4E & 5N sila ke ruangan blog 4E untuk mendapatkan apa yang kamu inginkan.....

Cikgu

8/07/2007

Suara 3010 sudah BerSUaRa !

Wahai pelajarku yang bijak, becok dan baik-baik belaka....Podcast Sekolah Menengah Serangoon sudah dinaikmuatkan. Sila ke lelaman blog wahanabicara untuk ke lelaman podcast tersebut. Saya mahu kamu memberi komen yang membina - klik butang komen untuk meninggalkan komen yang membina ya - dalam ruangan mesej yang telah ditulis oleh Cikgu Haslinda. Pelajar yang wajib melakukan tugas ini termasuk :

Hafir
Izzati
Liestina
Khuzaimah
Natasya

yang lainnya adalah baik jika kamu boleh berbuat yang sama !

Cikgu !

8/06/2007

Penulisan Kreatif

Berita baik untuk kamu semua. Saya telah terjumpa 2 buah lelaman yang amat berguna dalam membantu kamu dalam penulisan kreatif ( karangan naratif ) kamu. Sila rujuk di bahagian pautan blog ini untuk mendapatkan bahan-bahan yang saya yakin amat kamu perlukan !

Cikgu

7/11/2007

Projek Bersama Sekolah Menengah Serangoon


Saya ingin memaklumkan bahawa pada tahun ini, sekolah kita ada melaksanakan sebuah projek bersama sekolah menengah Serangoon. Projek ini melibatkan segolongan pelajar sahaja. Fokus projek ini ialah lisan. Memandangkan ramai pelajar Melayu yang tidak fasih berbahasa Melayu, kami telah membuat keputusan untuk menjadikan lisan sebagai fokus projek ini. Silalah ke lelaman Wahana Bicara ; pautannya ada dilampirkan di ruangan Pautan. Blognya juga ada tersedia bagi memudahkan para pelajar membuat komen yang membina. Jemputlah ke lelaman tersebut.

5/07/2007

Musim Demam Peperiksaan


Hai, masa-masa beginilah ramai yang terpaksa telan Panadol....hish...hati-hati ya, jaga kesihatan. Bukan awak saja, saya juga demam...( memeriksa kertas-kertas peperiksaan da...). Faham-faham sajalah, pelbagai bentuk rupa jawapan yang diterima, ada yang lucu, yang menyeramkan dan ada pula yang @!*#....bukan apa ...kalau yang punya kertas jawapan itu berada di depan saya ketika kertasnya diperiksa..mmm...mautlah jawabnya. Inilah masa-masanya para guru tahu sama ada pelajarnya buka telinga dan mata ketika guru sedang mengajar. Maklumlah banyak kejadian 'masuk kiri keluar kanan'....Lazimnya pelajar ini lebih banyak buka mulut daripada yang lain...mmm...mengapa ya. Itulah orang kata 'tin kosong nyaring bunyinya'. Baiklah, sebelum saya membebel seterusnya, saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar tersayang ( ehmm ). Bagi pelajar 3EHML saya- terus ke lelaman kelas awak ya !


3/12/2007

Rehat




Hai, penat sungguh rasanya setelah sebulan setengah memerah tenaga. Cuti sekolah sudahpun bermula, tetapi malangnya tugas tetap memanggil-manggil. Apakan daya, terpaksa jugalah menyambut panggilan itu :(. Tetapi walau bagaimanapun, aku akan cuba juga tenangkan minda agar apabila buka sekolah nanti, tidaklah terlalu stres sangat ! Kalau terlalu stres, kasihanlah pelajar-pelajarku yang terpaksa berhadapan dengan wajah cikgu yang berkerut sana, berkerut sini...Mmmm tentang tugas cuti sekolah, kepada pelajar 3E dan 3Nku, saya masih sedang membuat sedikit perubahan terhadap tugasan kamu. Dari itu, kembalilah ke blog ini untuk ke ruangan blog masing-masing pada hari Rabu ya. Jangan khuatir, kamu tetap akan mempunyai masa yang cukup untuk melaksanakannya. Tidak berat. Jangan takut. Saya beri kamu semua dua hari lagi untuk bersuka-ria ya !!!




Cikgu

3/05/2007

Enjet-enjet semut



Sila............ke.................................. http://www.happeepill.com/cartoons/enjetsemut/enjet.htm

Berhiburlah !!!

3/04/2007

Ahad 4 Mac 2007




Tepat pukul sepuluh malam. Baru sahaja aku selesaikan tugas. Penat rasanya. Sehingga sudah larut begini, anak-anakku masih belum pulang lagi. Ke mana agaknya ya ? Seronok sungguh dapat berjalan. Disebabkan harus selesaikan tugas yang bertimbun, terpaksalah aku duduk di rumah. Bosannya !! Apa boleh buat. Tetapi, akhirnya, aku berpeluang untuk menyalin gambar-gambar dari kamera digitalku ke komputer ribaku ! Mari kita lihat bersama !

3/02/2007

Selamat Datang - Pengumuman

Ruangan ini merupakan ruangan santai di mana saya akan menuliskan apa saja yang terlintas di fikiran saya. Dari ruangan blog ini juga, semua pelajar saya boleh mendapatkan pautan ke blog-blog saya yang lain, yang digunakan dalam kelas-kelas Bahasa Melayu saya. Semua dijemput untuk menuliskan apa saja komen di dalam ruangan ini, sama ada yang berkaitan dengan pelajaran ataupun sebaliknya. Salam manis daripada saya....Cikgu