9/13/2012

SYaBaS!

Salam Sejahtera Semua

Syabas kepada mereka yang telah menduduki peperiksaan peringkat 'O' pada bulan Jun lalu dan mendapat keputusan yang memuaskan ! Bagi pelajar yang lain, jangan lengah-lengah lagi ya....peperiksaan akhir tahun akan menjelang tidak lama lagi. Ingat susah-susah dahulu, senang-senang kemudian :)

Cikgu

4/16/2012

Demam Peperiksaan


Wahai semua pelajar yang dikasihi, peperikaan kian hampir. Saya berharap awak sudahpun bersedia ya. Bagi mereka yang masih dalam Menengah 1, inilah kali pertama awak akan menduduki peperiksaan di peringkat sekolah menengah. Jangan khuatir para guru tahu akan hal ini, buatlah yang terbaik. Bahasa tetap bahasa tiada banyak bezanya - mungkin dari segi format sahaja.

Bagi pelajar Menengah 4 saya pula, janganlah berlengah lagi. Masa berjalan dengan begitu cepat ya ! Jangan tunggu saya semata - awak perlu berdikari dan berlatih sendiri ! Sepatutnya dari sekarang awak sudah mula latih tubi di sekolah mahupun di rumah ! Itupun jika awak inginkan A lah ya !! Jadi bagi yang masih berkhayal, sedarlah; bagi yang masih tidur, bangunlah; bagi yang masih bermain, berhentilah....saya ingin lihat awak semua tersenyum tatkala mengambil keputusan pada bulan Ogos nanti.

Tunggu apa lagi :)