6/30/2009

LOA - H1N1 Jun 2009


Sejauh ini ada beberapa orang pelajar yang sedang berehat di rumah. Saya berharap mereka ini dapat memanfaatkan masa di rumah dengan melakukan perkara yang berfaedah ya ! Baiklah, bagi mereka yang bakal menduduki peperiksaan lisan, saya ingin kamu membuat persiapan dari rumah. Sila ke lelaman tinta untuk mendapatkan rubrik bagi membantu kamu dalam latihan lisan. Ingat, bahagian Bacaan =10m dan Perbualan=30m. Ada beberapa perkara penting yang telah saya kongsi bersama rakan-rakan kamu di sekolah. Dari itu, sama ada kamu bertanya mereka apa yang telah berlangsung di dalam kelas ataupun ajukan apa saja soalan yang kamu ada di ruangan blog ini. Saya akan cuba menjawabnya.

Jaga kesihatan diri !

5/30/2009

Selamat Maju Jaya !!


Pada Isnin depan sekumpulan pelajar PRSS akan menduduki peperiksaan peringkat 'O'. Saya ingin ucapkan selamat maju jaya kepada mereka. Ingatlah pesanan guru dan buatlah yang terbaik. Kami, guru-guru akan sama-sama berdoa agar semua pelajar yang menduduki peperiksaan ini akan mendapat keputusan yang cemerlang !! Bagi pelajar saya, sila ke ruangan 'Pelajar Cemerlang 5N' untuk mendapatkan contoh SKR yang telah saya janjikan.

Salam
Cikgu

3/12/2009

Cuti Mac 2009


Kejam celik kejam celik...Penggal 1 sudahpun hampir tamat. Memang terasa penat betul dan sememangnya ramai antara kita yang begitu mengalu-alukan ketibaan cuti Mac ini. Namun, saya dengar ada yang sudah mula bersungut kerana kata mereka, "Cuti apa cikgu ! Hari-hari masih kena datang ! Macam-macam kelas yang harus dihadiri !" Hai, kepada mereka ini, memang saya simpati. Saya juga begitu, pada masa-masa cuti beginilah saya dapat selesaikan segala tugas yang bertimbun tu...entah boleh habis ...entah tidak....masa yang ada hanya seminggu - macam-macam yang hendak dilakukan ! Tidak mengapalah wahai pelajarku semua, kita senasib. Moga-moga kita dapat mencapai matlamat kita dalam masa cuti ini. Tetapi dalam melaksanakan tugas masing-masing jangan lupa untuk merehatkan minda ya ! Nanti naik sawan ...siapa yang susah....kita juga !