7/18/2010

Berakhir Sudah....


Tinggal kefahaman mendengar sahaja ya minggu depan, selepas itu, tamatlah stres kamu, cuma tinggal stres tunggu keputusan peperiksaan sahaja ya ! Itu yang lebih mendebarkan! Jangan takut, yang sudah tu sudahlah ya....fokus pula kepada hal ehwal yang lain. Saya amat berharap kamu semua tidak perlu lagi memikirkan tentang pelajaran Bahasa Melayu - kerana semua akan mendapat A kan ! betul betul betul !!!! Kita sama-sama berdoa....Insyaallah

7/07/2010

Demam Lisan


Sudah lama kita tidak bertemu di dalam ruangan ini ya. Saya minta maaf seribu kali maaf kerana kebelakangan ini begitu sibuk sekali sehingga tiada masa untuk memasuki dan mengemas kini ruangan ini. Namun, pelajaran masih tetap hidup jika kamu perhatikan pautan dan lihat tajuk-tajuk yang menunjukkan tahun 2010.

Bagi mereka yang sedang dalam persiapan untuk menduduki peperiksaan lisan, silakan ke ruangan LISAN 2010 yang boleh didapati di dalam pautan. Di dalam ruangan itu ada beberapa pautan yang membawa kamu ke ruangan-ruangan yang tertentu seperti latihan lisan ( untuk di dalam kelas ), rubrik lisan ( telah disisipkan pautannya ), panduan lisan ( tip-tip yang pernah dibincangkan di dalam kelas ) dan banyak lagi.

Saya akan cuba memasukkan beberapa rakaman terpilih ke dalam "Google Documents" supaya kamu boleh mendengar rakaman-rakaman tersebut di rumah. Tetapi untuk mendengar di rumah, mesti ada perisian "Audacity" tau !

Baiklah sehingga di sini setakat ini. Selamat maju jaya semuanya !!!

Cikgu