4/27/2011

Lama tidak Berbicara ya....


Memang saya minta maaf banyak-banyak kerana sudah lama tidak berkesempatan untuk berbicara...maklumlah semakin hari semakin menggunung kerja saya....esok peperiksaan, saya harap kamu semua sudah membuat persiapan yang secukupnya...peperiksaan O pula akan tiba dalam masa sebulan lagi...haiz...pining kepala ya....tidak mengapa...kita sama-sama kayu perlahan-lahan...

7/18/2010

Berakhir Sudah....


Tinggal kefahaman mendengar sahaja ya minggu depan, selepas itu, tamatlah stres kamu, cuma tinggal stres tunggu keputusan peperiksaan sahaja ya ! Itu yang lebih mendebarkan! Jangan takut, yang sudah tu sudahlah ya....fokus pula kepada hal ehwal yang lain. Saya amat berharap kamu semua tidak perlu lagi memikirkan tentang pelajaran Bahasa Melayu - kerana semua akan mendapat A kan ! betul betul betul !!!! Kita sama-sama berdoa....Insyaallah

7/07/2010

Demam Lisan


Sudah lama kita tidak bertemu di dalam ruangan ini ya. Saya minta maaf seribu kali maaf kerana kebelakangan ini begitu sibuk sekali sehingga tiada masa untuk memasuki dan mengemas kini ruangan ini. Namun, pelajaran masih tetap hidup jika kamu perhatikan pautan dan lihat tajuk-tajuk yang menunjukkan tahun 2010.

Bagi mereka yang sedang dalam persiapan untuk menduduki peperiksaan lisan, silakan ke ruangan LISAN 2010 yang boleh didapati di dalam pautan. Di dalam ruangan itu ada beberapa pautan yang membawa kamu ke ruangan-ruangan yang tertentu seperti latihan lisan ( untuk di dalam kelas ), rubrik lisan ( telah disisipkan pautannya ), panduan lisan ( tip-tip yang pernah dibincangkan di dalam kelas ) dan banyak lagi.

Saya akan cuba memasukkan beberapa rakaman terpilih ke dalam "Google Documents" supaya kamu boleh mendengar rakaman-rakaman tersebut di rumah. Tetapi untuk mendengar di rumah, mesti ada perisian "Audacity" tau !

Baiklah sehingga di sini setakat ini. Selamat maju jaya semuanya !!!

Cikgu

6/30/2009

LOA - H1N1 Jun 2009


Sejauh ini ada beberapa orang pelajar yang sedang berehat di rumah. Saya berharap mereka ini dapat memanfaatkan masa di rumah dengan melakukan perkara yang berfaedah ya ! Baiklah, bagi mereka yang bakal menduduki peperiksaan lisan, saya ingin kamu membuat persiapan dari rumah. Sila ke lelaman tinta untuk mendapatkan rubrik bagi membantu kamu dalam latihan lisan. Ingat, bahagian Bacaan =10m dan Perbualan=30m. Ada beberapa perkara penting yang telah saya kongsi bersama rakan-rakan kamu di sekolah. Dari itu, sama ada kamu bertanya mereka apa yang telah berlangsung di dalam kelas ataupun ajukan apa saja soalan yang kamu ada di ruangan blog ini. Saya akan cuba menjawabnya.

Jaga kesihatan diri !

5/30/2009

Selamat Maju Jaya !!


Pada Isnin depan sekumpulan pelajar PRSS akan menduduki peperiksaan peringkat 'O'. Saya ingin ucapkan selamat maju jaya kepada mereka. Ingatlah pesanan guru dan buatlah yang terbaik. Kami, guru-guru akan sama-sama berdoa agar semua pelajar yang menduduki peperiksaan ini akan mendapat keputusan yang cemerlang !! Bagi pelajar saya, sila ke ruangan 'Pelajar Cemerlang 5N' untuk mendapatkan contoh SKR yang telah saya janjikan.

Salam
Cikgu

3/12/2009

Cuti Mac 2009


Kejam celik kejam celik...Penggal 1 sudahpun hampir tamat. Memang terasa penat betul dan sememangnya ramai antara kita yang begitu mengalu-alukan ketibaan cuti Mac ini. Namun, saya dengar ada yang sudah mula bersungut kerana kata mereka, "Cuti apa cikgu ! Hari-hari masih kena datang ! Macam-macam kelas yang harus dihadiri !" Hai, kepada mereka ini, memang saya simpati. Saya juga begitu, pada masa-masa cuti beginilah saya dapat selesaikan segala tugas yang bertimbun tu...entah boleh habis ...entah tidak....masa yang ada hanya seminggu - macam-macam yang hendak dilakukan ! Tidak mengapalah wahai pelajarku semua, kita senasib. Moga-moga kita dapat mencapai matlamat kita dalam masa cuti ini. Tetapi dalam melaksanakan tugas masing-masing jangan lupa untuk merehatkan minda ya ! Nanti naik sawan ...siapa yang susah....kita juga !

6/27/2008

Demam Periksa


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berjaya dalam peperiksaan Lisan yang sedang bberlangsung dan bakal menjelang !!Memang tahun ini saya kurang bersembang di ruangan ini, terlalu sibuk. Pelbagai tugas dan dugaan yang datang bergolek....tetapi walau bagaimanapun, sama-samalah kita bertahan ya !!!