7/07/2010

Demam Lisan


Sudah lama kita tidak bertemu di dalam ruangan ini ya. Saya minta maaf seribu kali maaf kerana kebelakangan ini begitu sibuk sekali sehingga tiada masa untuk memasuki dan mengemas kini ruangan ini. Namun, pelajaran masih tetap hidup jika kamu perhatikan pautan dan lihat tajuk-tajuk yang menunjukkan tahun 2010.

Bagi mereka yang sedang dalam persiapan untuk menduduki peperiksaan lisan, silakan ke ruangan LISAN 2010 yang boleh didapati di dalam pautan. Di dalam ruangan itu ada beberapa pautan yang membawa kamu ke ruangan-ruangan yang tertentu seperti latihan lisan ( untuk di dalam kelas ), rubrik lisan ( telah disisipkan pautannya ), panduan lisan ( tip-tip yang pernah dibincangkan di dalam kelas ) dan banyak lagi.

Saya akan cuba memasukkan beberapa rakaman terpilih ke dalam "Google Documents" supaya kamu boleh mendengar rakaman-rakaman tersebut di rumah. Tetapi untuk mendengar di rumah, mesti ada perisian "Audacity" tau !

Baiklah sehingga di sini setakat ini. Selamat maju jaya semuanya !!!

Cikgu

No comments: